November 19, 2011



 ya, benar.
sekarang bulan november.
peperiksaan spm aku telah pun bermula dan memang hatiku gatal mahu bercerita mengenainya tetapi fikiranku ini sedang menerewang jauh ke tempat lain yang beritanya lebih membuatkan aku tersenyum. (makan senyum, mandi senyum, solat tahan senyum, belajar matematik tambahan dengan ayahandaku juga tersenyum walaupun terpaksa tutup muka dengan buku)
apalah cerita yang boleh buat manusia ber'ego' tinggi seperti aku ini tersengih-sengih, ya?
okey, aku beritahu,
malaysia akhirnya telah menempah tempat final dalam sukan sea yang sedang diadakan di indonesia.
semua sorak bersama,
1,2,3,
horah! :D
macamanalah aku boleh layan perlawanan bola sepak,
lebih-lebih lagi aku menyorak pasukan malaysia,
yang  sedang bermain di tanah negara seberang, indonesia. (namun aku bukan bersifat perkauman, okey?)
aku sendiri pun tak pasti.
yang aku tahu,
jantungku berdebar-debar apabila melihat aksi harimau-harimau muda ini bertarung merebut piala emas untuk acara tersebut.
seperti melihat bradley cooper atau ryan gosling memakai jersi pasukan malaysia pula :)
apa-apa pun,
aku mengaku yang aku telah jatuh cinta dengan kumpulan malaysia ini.
jadi,
aku harap mereka akan terus mengaum untuk mencapai kejayaan yang boleh mengharumkan nama negara kita.
aku sayang malaysia.
rawr!

pesanan sampingan : aku nakkan jersi panthera malaysia! 

1 comment:

honourably billie. said...

jangan lupa saksikan final bola sepak sukan sea malaysia menentang indonesia, pada 21 november 2011.
spm itu spm, bola itu bola :)