June 3, 2012


I, officially am a student of KMS 2012/2013.
Oh, Kolej Matrikulasi Selangor ok.
Well, Minggu Pengurusan Pelajar memang agak payah nak go with its flow, tapi aku sangat enjoy minggu tuh.
Adventure :) lah sangat.
Haha, suka.
A bunch of thanks to all the facilitators sebab banyak bagi panduan dan penjagaan kepada aku dan semua pelajar baru kat KMS.
Kamu semua baik hati :)
Walaupun banyak juga terdengar umpatan kawan kawan mengenai Angah angah KMS, tapi aku tak pernah sikit pun rasa tak puas hati kat angah semua.
Angah maksudnya facilitator semua, sebab mereka pelajar second batch KMS.
Aku dengan rakan seperjuangan tahun ini dipanggil Alang, ok.
No more Ayong kat sini.
By the way, aku balik bermalam kat rumah today. Manja tak?
Mulanya tak kisah kalau tak balik tapi dua hari lepas aku demam :(
Walaupun demam panas dengan selsema batuk pening semua, aku tetap hadir semua kuliah, taklimat even senaman robik (tapi miss dua kali senaman pagi)
Sebab semua best! Sanggup tau kesejukan dalam dewan, kepanasan kat Astaka (padang).
Aku paling suka senam robik :) 
Tahun ni rasa bersemangat nak bersukan. Ingatkan dah lama cuti asyik lepak aja mesti sakit sakit badan sebab banyak bergerak kat KMS, tapi tak pun.
Pelik.
Bilik aku dah lah tingkat 4 (atasss sekali), hujung sekali pula tuh.
Haih, makin kurus lah :) (tersenyum pula)
Apa lagi nak bagitau?
Tapi mengantuk sangat sebab baru lepas makan Piriton so aku simpulkan ajalah post ni.
In a nutshell, minggu pertama aku di KMS ni sangat berharga untuk dibuat memori dan walaupun ada masa aku rasa penat teramat sampai nak mengalah, aku tetap bangun balik dan aku tak rasa menyasal pilih untuk masuk KMS.
Sudah, biarkan satu sahaja penyesalan aku dalam menjadi pelajar sebuah sekolah. Aku tak nak tambah lagi satu.
So, hari isnin dah start belajar, aku harap pengajaran tuh nanti tak akan menggoyahkan pendirian aku di KMS.
Malas nak upload gambar, nantilah aku simpan banyak banyak dulu.
Tapi tengoklah sini dulu, mana tahu ada gambar aku (tak ada pun)
Yup, datanglah singgah tau, Blok Kediaman aku Mira ok?
Tak mainlah Vega dengan Polaris.
Dan jangan cari aku kat Capella dengan Canopus sudah.
Lagi satu, aku dah ada banyak gaya tidur, nak tengok? 
Stalk lah aku kat dewan Antares atau dewan kuliah. Kat surau pun boleh. 
Tapi kat Astaka jangan harap, aku nak menari *kononnya* Haha.
Ok, rasanya lagi dua tiga minggu aku publish post baru. (sebelum ni pun cakap camtuh jugak kan)
tapi we'll see.
Apa yang kita fikir, apa yang kita cakap, apa yang kita rasa, apa yang kita buat, itu semua adalah DOA.
Assalamualaikum.
*Jangan ajak aku menari. Penat kau nanti, haha :)*



No comments: